Penimbang (Gudang Focusmax, Bintulu)
6 days ago
Penimbang (Gudang Focusmax, Bintulu) **Deskripsi Kerja**: - Menguruskan stok, harta syarikat dan stokpail kerajaan pada aras dan kos yang optima dan berpandukan polisi dan prosedur syarikat; - Bertanggungjawab untuk memastikan semua proses perniagaan gudang dalam keadaan tersusun, teratur dan licin; - Memastikan aduan entiti berkepentingan mendapat respon sewajarnya dan melaksanakan tindakan pembetulan. **Tanggungjawab**: **1. Melaksanakan dan menjalankan Operasi Penerimaan Beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman dan produktiviti.** - Menyemak Arahan Kemasukan Beras sebelum operasi dimulakan - Menyemak dan mengesahkan dokumen penerimaan kapal secara konvensional seperti Nota HAntaran, Slip Timbang Port, Surveyor Sheet sebelum proses merekodkan bacaan timbangan pertama dan kedua ke dalam sistem timbang - Menyemak dan mengesahkan dokumen penerimaan kontena seperti Delivery Note sebelum proses merekodkan bacaan timbangan pertama dan kedua ke dalam sistem timbang - Menyediakan, mengemaskini, dan melapor Laporan Rumusan Penerimaan BEras Secara Konvensional (Manual) berdasarkan keterangan maklumat Slip Timbang, Tally Sheet, Nota Penerimaan - Menyediakan, mengemaskini dan melapor Laporan Pemunggahan Kontena kepada Ketua gudang dan Ketua Zon - Mengeluarkan permohonan penarikan kontena kosong "Request for Collection" kepada Jabatan Logistik dan Kontraktor Pengangkutan - Memasukkan data penerimaan beras ke dalam Sistem Axapta - Menyediakan Transfer Receipt Note dan mencetaknya untuk simpanan fail stek - Menyediakan Transfer Summary Shipment dan mencetaknya untuk simpanan fail stek - Mencetak Pro-Forma Completion Report untuk semakan Penyelia Gudang - Memohon penutupan Transfer Order setelah selesai semakan dan pengesahan Pro-Forma Completion Report - Menyediakan Penyata Rebagging Sistem sekiranya terdapat guni longgar dan penggunian semula - Memohon penyalarasan transaksi kepada Ibupejabat sekiranya terdapat kesilapan transaksi ketika proses timbangan dengan mengisi Borang Pindaan Transaksi - Mengemaskini Kad Stek Beras Sistem stelah Transfer Order ditutup dalam Sistem Axapta - Mengikuti dan menyusul dengan Inventori Zon tentang kesediaan Sistem Pengurusan Inventori seperti Transfer Order untuk proses kemasukan data - Melaporkan kepada Pasukan Inventori Zon sekiranya terdapat sebarang gangguan sistem atau internet serta memohon pelarasan transaksi sekiranya diperlukan - Mengemaskini dokumen-dokumen penerimaan kapal secara konvensional dan kontena **2. Melaksanakan dan menjalankan Operasi Simpanan Beras di Gudang Bernas - dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan stok, kepuasan pelanggan, proses dalaman dan produktiviti.** - Menyediakan dan mengemaskini Laporan Aliran Stok secara harian kepada Ketua Gudang dan Ketua Zon - Menyediakan dan mengemaskini Laporan Kedudukan Stok Beras Lot Tender secara harian kepada Ketua Gudang dan Ketua Zon - Menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk tuntutan Buruh Tanggung - Menyemak Kedudukan Stok Usang (Ageing Stock) yang melebihi 6 bulan dan melaporkan kepada Ketua Gudang dan Ketua Zon - Menyediakan dan mengemaskini Laporan Rumusan Lot Kosong secara harian kepada Ketua Gudang dan Ketua Zon **3. Melaksana dan menjalankan Operasi Pengeluaran Beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman dan produktiviti.** - Menyemak dokumen Invois Jualan atau Surat Kuasa atau Rice Collection Plan dengan memastikan keterangan maklumat adalah betul dan tepat seperti nmbor invois, nombor stek, jenis beras dan lokasi - Menyediakan, memastikan dan mencetak Picking List berdasarkan keterangan maklumat Invois atau Surat Kuasa sebagai permit pengambilan beras di dalam gudang - Merekodkan bacaan timbangan dalam sistem timbang selepas mengesahkan dan memastikan keterangan maklumat dokumen yang berkenaan adalah betul dan tepat - Mencetak Slip Timbangan pengeluaran beras - Menyediakan, memastikan dan mencetak Delivery Order mengikut jumlah berat dan kuantiti beg pada Slip Timbang - Memohon pelarasan kepada Ibu Pejabat sekiranya terdapat kesilapan transaksi ketika proses timbangan dengan mengisi Borang Pindaan Transaksi - Mengemaskini dokumen-dokumen pengeluaran beras - Mengemaskini Kad Stek Beras Sistem setiap kali terdapat transaksi pengeluaran beras - Menyediakan Penyata Rebagging in Do, Penyata Rebagging in Sweeping atau Penyata Rebagging Journal to Adjust - Menyediakan permohonan kemasukan semula Beg Lebihan - Menyediakan permohonan penutupan stek - Menyusun permohonan pelarasan bagi Beg Lebihan dan Penutupan Stek sekiranya permohonan melebihi 14 hari bekerja - Mengemaskini fail stek beras (Pengeluaran) setelah selesai operasi pengeluaran beras **4. Melaksana dan menjalankan Penyelenggaraan Pencegahan bersama dengan Pasukan Penyelenggaraan Gudang.** - Membuat pemeriksaan keadaan pe
-
Supervisor, Strekeeper
6 days ago
Bintulu, Malaysia Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) Full timeSupervisor, Storekeeper (Focusmax warehouse, Bintulu) **Deskripsi Kerja**: - Menguruskan Stok, Harta Syarikat dan Stokpail Kerajaan, pada Aras dan Kos yang Optima dan Berpandukan Polisi dan Prosedur Syarikat - Bertanggungjawab untuk memastikan semua proses perniagaan gudang dalam keadaan tersusun, teratur dan licin. - Memastikan aduan entiti berkepentingan...