Pendaftar (N52)
2 weeks ago
**1.** Kriteria Pemilihan bagi pelantikan jawatan Pendaftar mestilah berasaskan seperti berikut:
**Kelayakan Akademik & Pengalaman Profesional**
Penyandang mestilah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda bidang berkaitan dan pernah mengetuai Jabatan /Bahagian penting di mana-mana Universiti dan **mempunyai pengalaman** **yang luas dalam bidang pengurusan dan pentadbiran Institusi Pendidikan Tinggi sekurang-kurangnya lapan (8) tahun**.
**Kebolehan Memimpin dan Mengurus**
Penyandang mestilah mempunyai “_people skills_” yang boleh meneraju transformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi selaras “_core business_” Universiti serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kerja cemerlang.
**Reputasi**
Menjadi _“role model”_ kepada semua peringkat staf selain mempunyai pengalaman dan rekod serta reputasi yang baik, disanjung serta dihormati oleh masyarakat dalam dan luar kampus.
**Kemahiran Komunikasi dan Interpersonal yang Mantap**
Mempunyai kemahiran komunikasi dan “_interpersonal”_ yang mantap seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, _“team player”_ serta mempunyai motivasi dalaman untuk memacu kecemerlangan jabatan yang dipimpin. Seorang yang beretika, berintegriti, patriotik dan bermotivasi tinggi.
**Pengurusan Perubahan dan Risiko**
Berusaha menguruskan perubahan dalam organisasi secara berkesan dengan menggunakan segala sumber dan keupayaan sedia ada. Berusaha mengurangkan risiko dalam setiap hasil kerja yang dilaksanakan melalui aktiviti pengurusan risiko.
Lain-lain kriteria yang difikirkan sesuai berdasarkan bidang tujahan _(niche area)_ Kolej Universiti.
**Job Types**: Full-time, Contract
Contract length: 36 months
Pay: RM5,532.00 - RM11,188.00 per month
Schedule:
- Monday to Friday
Ability to commute/relocate:
- Kuala Perlis: Reliably commute or planning to relocate before starting work (required)
Application Deadline: 12/15/2024