Penyelia Guru Intervensi

1 week ago


Bukit Mertajam, Malaysia Akhtar Kiddy Pre Academia Centre Full time

Kami sedang mencari Penyelia Guru Intervensi Wanita yang berdedikasi untuk mengurus dan melaksanakan strategi pengoperasian syarikat di samping menjalankan aktiviti pembelajaran bersama murid berkeperluan khas. Calon yang ideal ialah seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman mengajar kanak-kanak berkeperluan khas.

Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga di Akhtar Kiddy, mohon sediakan diri anda untuk menghadiri sesi temu duga. Sila layari halaman facebook/tiktok kami sebelum memohon untuk memberi anda lebih banyak pengetahuan mengenai Akhtar Kiddy.

**Skop Tugasan Umum**
- Menjalankan penilaian menyeluruh terhadap kanak-kanak berkeperluan khas untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan bidang yang memerlukan intervensi terapeutik.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan relevan untuk setiap individu dan kumpulan.
- Mampu untuk bekerja secara sendiri mahupun berkumpulan.
- Bertindak sebagai penghubung pihak atasan dengan rakan sekerja yang lain.
- Merancang dan menjadualkan kerja untuk memastikan kelancaran operasi mencapai matlamat yang ditetapkan.
- Membentuk hubungan baik dengan klien mahupun rakan sekerja dan mewujudkan suasana kerja yang positif.
- Memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada pekerja, terutama yang baru.

**Keutamaan diberikan kepada calon yang;**
- Mempunyai personaliti yang positif dan berwibawa.
- Bersemangat (_passionate_) membantu murid berkeperluan khas mencapai kemajuan yang baik.
- Bersedia untuk belajar perkara yang baru.
- Mempunyai kemahiran komunikasi berkesan.
- Mempunyai empati dan kesabaran yang tinggi terutamanya semasa mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas dan keluarga mereka.
- Mempunyai keinginan untuk meningkatkan tahap pengetahuan kendiri.
- Mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
- Cekap dalam mengagihkan tugasan demi mencapai matlamat yang ditetapkan.
- Gemar memikirkan cara untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti demi kelancaran operasi.

**Job Types**: Full-time, Freelance, Fresh graduate

Pay: From RM2,200.00 per month

Ability to commute/relocate:

- Bukit Mertajam: Reliably commute or planning to relocate before starting work (preferred)

**Education**:

- Diploma/Advanced Diploma (preferred)

**Experience**:

- working with special needs children: 2 years (required)

Work Location: In person