Pegawai Pengiring
2 weeks ago
JAWATAN KOSONG: PEGAWAI PENGIRING
Segastia Sdn Bhd
Lokasi: Seksyen 9, Shah Alam
Tarikh Tutup Permohonan: [30 April 2025]
Status Jawatan: Sepenuh Masa
Tentang Syarikat: Segastia Sdn Bhd
Segastia Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang berkembang pesat dalam sektor pengurusan acara dan hubungan korporat, berpengalaman mengendalikan pelbagai majlis rasmi, korporat dan kenegaraan. Kami mencari individu yang bersemangat, beretika, dan mempunyai kemahiran interpersonal tinggi untuk menyertai pasukan profesional kami sebagai Pegawai Pengiring.
Gaji Ditawarkan:
RM2,000.00 - RM2,700.00 (bergantung kepada pengalaman dan kelayakan)
Faedah:
✔Caruman KWSP & SOCSO
✔Peluang kenaikan gaji bergantung pada prestasi
Skop Tugas (Job Scope): Pegawai Pengiring
Sebagai Pegawai Pengiring, anda akan bertanggungjawab memastikan kelancaran pergerakan dan penyelarasan aktiviti Pengerusi syarikat semasa acara, lawatan rasmi atau mesyuarat penting. Antara tanggungjawab utama anda:
Mengiringi Pengerusi Syarikat semasa acara atau lawatan rasmi syarikat.
Mengatur jadual pergerakan dan memastikan Pengerusi Syarikat berada di lokasi tepat pada masanya.
Bertindak sebagai pengantara antara Pengerusi Syarikat dan pasukan urusetia/acara.
Menyediakan maklumat ringkas (briefing) berkaitan lokasi, atur cara dan individu yang akan ditemui.
Membantu dari segi logistik dan koordinasi perjalanan (termasuk pengangkutan, tempat penginapan, dll).
Memastikan protokol dan etika rasmi dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat.
Mengendalikan keperluan khas Pengerusi Syarikat sepanjang program berlangsung.
Merekod sebarang maklum balas Pengerusi Syarikat untuk penambahbaikan.
Bekerjasama rapat dengan pegawai protokol, keselamatan dan petugas acara lain.
Syarat Kelayakan:
Warganegara Malaysia, umur 21 - 35 tahun.
Minimum Diploma dalam mana-mana bidang berkaitan (Komunikasi, Pengurusan Acara, Protokol, atau setaraf).
Berpenampilan kemas dan profesional.
Mahir berkomunikasi dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.
Mempunyai etika kerja tinggi, boleh bekerja dalam tekanan, dan fleksibel masa kerja (termasuk hujung minggu).
Pengalaman dalam urusan protokol/VIP adalah satu kelebihan.
Mempunyai lesen memandu yang sah.
Cara Memohon:
Hantarkan resume terkini ke:
Pay: RM2,000.00 - RM2,700.00 per month
Schedule:
- Monday to Friday
- On call
Work Location: In person
Expected Start Date: 04/28/2025
-
Pegawai Pengiring
2 weeks ago
Shah Alam, Malaysia SEGASTIA SDN BHD Full timeWe are looking for an efficient Liason Officer to provide personalized secretarial and administrative support in a well-organized and timely manner. **Requirements**: - Proven work experience as in an Admin/Personal Assistant role - MS Office and English proficiency - Outstanding organizational and time management skills - Ability to multitask and...