Pengawal Keselamatan
3 days ago
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAL KESELAMATAN
1. Tugas utama pengawal keselamatan ialah memastikan premis syarikat, kakitangan dan harta benda syarikat dalam keadaan selamat.Laporan segera hendaklah dibuat apabila disyaki akan berlaku, sedang berlaku terhadap kehilangan atau kerosakan harta benda syarikat.
2. Mengawal keluar masuk kakitangan, pelanggan dan pelawat. Pelawat /pelanggan yang tidak dikenali hendaklah diawasi dengan teliti. Jika diragui tidak dibenarkan masuk.
3. Membantu unit stor membuat pemeriksaan semasa kerja pemunggahan barang keluar/masuk. Jika diragui ketepatannya sila semak semula dengan pekerja yang bertugas. Pastikan keadaan persekitaran terkawal sewaktu kerja-kerja pemunggahan dijalankan.
4. Membuat pemeriksaan mengejut ke atas kakitangan bila dirasakan perlu.
5. Mencatatkan nama kakitangan, waktu masuk dan keluar jika kakitangan bertugas pada hari cuti dan juga cuti umum dan juga yang bekerja lebih masa.
6. Pengawal hendaklah sentiasa cergas dan bersedia menjalankan tugas. Pengawal yang didapati tidur semasa bertugas boleh ditamatkan kontrak serta-merta.
7. Memberikan satu salinan jadual tugas kepada Pengurus/Eksekutif bertugas.
8. Memastikan lampu dan air tertutup dengan baik.
9. Penggera keselamatan (alarm) mestilah sentiasa dalam keadaan terpasang. Apabila pengera keselamatan berbunyi, Pengawal Keselamatan hendaklah segera memeriksa tempat kejadian dan mengambil langkah keselamatan yang perlu.
10. Mengemaskini buku laporan keadaan premis syarikat : dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam, laporan disediakan setiap 2 jam; dari jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi setiap 1 jam sekali. Pengawal shift pagi hendaklah menyerahkan buku tersebut kepada Pengurus/Eksekuitf bertugas untuk pemeriksaan pada setiap hari bekerja.
11. Mengemaskini buku laporan pengambilan sampah. Pastikan sampah diambil oleh kontrak angkat sampah. Rekodkan waktu kontrak angkat sampah mengambil sampah, waktu penerimaan CO2 dan minyak diesel di dalam buku rekod pengawal.
12. Mengemaskini laporan keluar masuk kenderaan, setiap kenderaan hendaklah dictatkan nombor pendaftarannya dan waktu masuk dan keluar dari kawasan premis syarikat.
13. Sentiasa bersedia dan tahu menggunakan alat-alat keselamatan. Alat keselamatan yang rosak atau telah tamat tempoh boleh guna hendaklah dilaporkan segera kepada Pengurus/Eksekutif bertugas.
14. Memastikan kunci disimpan di dalam bilik pengawal dan sebarang pengambilan dan pemulangan kunci oleh penyelia/ketua kumpulan hendaklah direkodkan dan ditandatangan.
15. Mengemaskini buku laporan pelawat.
16. Membantu membersikan kawasan hadapan premis syarikat.
17. Memastikan lampu-lampu sentiasa dipadam sekiranya tiada kakitangan yang berada di dalam pejabat atau di dalam kabin.
18. Membantu pengawal lalu lintas dihadapan premis syarikat. Kenderaan yang diletakkan sehingga mengganggu kelancaran lalulintas hendaklah dinasihatkan mengubah kenderaan mereka.
19. Pengawal Keselamatan turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga kenderaan syarikat.
- Memeriksa lori/motosikal yang ditempatkan di sekitar kawasan kilang setiap jam 5.00 petang, 12.00 malam dan 7.00 pagi. Periksa jika ada kerosakan atau kecacatan luaran lori. Jika didapati ada kecacatan lapor kepada Pengurus/Eksekutif dengan segera.
- Jika terdapat lori yang tidak berkunci, Pengawal hendaklah mengunci lori tersebut dan laporkan kepada Pengurus/Eksekutif.
- Rekodkan semua lori yang balik selepas waktu pejabat. Ambil kunci lori berkenaan dan letakkan kunci di bilik pengawal.
- Jika ada sesiapa yang ingin mengambil lori selepas waktu pejabat, hubungi Pengurus/Eksekutif. Tanpa kebenaran Pengurus/Eksekutif tiada sesiapa dibenarkan mengambil lori selepas waktu pejabat.
20. Merekodkan penerimaan dan pengeluaran kontena dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada kakitangan yang berkaitan. Jika ada kontena yang ditarik selepas waktu pejabat, catitkan nombor kontena dan nombor trak penarik di dalam buku rekod pengawal.
21. Sekiranya berlaku kecurian atau pencerobohan ke atas harta dan bangunan syarikat segera lapor kepada polis dan pengurusan syarikat.
22. Menerima dan merekodkan penerimaan barangan yang dikeluarkan oleh pembekal pada hari minggu atau cuti am dan menyerahkan rekod penerimaan tersebut penyelia bertugas apabila pejabat dibuka. Jika terdapat keraguan sila hubungi pengurus/eksekutif bertugas.
23. Lain-lain tugas dan tanggungjawab akan dimaklumkan dari masa ke semasa samada secara lisan ataupun bertulis.
24. Jika berlaku perselisihan atau salah faham mengenai maksud tugas dan tanggungjawab di atas, keputusan Lembaga Pengarah adalah muktamad.
**Job Type**: Contract
Contract length: 12 months
Pay: RM1,750.00 - RM2,700.00 per month
**Benefits**:
- Free parking
- Meal allowance
Schedule:
- Holidays
- Rotational shift
- Weekend jobs
Supplemental Pay:
- Overtime pay
-
pengawal keselamatan bersenjata
2 days ago
Batu Caves, Selangor, Malaysia Sejahtera Security Sdn Bhd Full time 36,000 - 54,000 per yearJAWATAN KOSONGPENGAWAL KESELAMATAN BERSENJATALOKASI TUGAS:-SELANGOR, KL DAN CAWANGANSEJAHTERA SECURITY SDN BHD merupakan sebuah syarikat keselamatan berdaftar yang beroperasi lebih daripada 20 tahun di Malaysia. Syarikat menyediakan perkhidmatan keselamatan profesional merangkumi pengawal keselamatan, penyeliaan operasi, rondaan, dan pemantauan tapak. Dengan...
-
Pengawal Keselamatan
2 weeks ago
Batu Pahat, Malaysia SHARP MANUFACTURING CORP (M) SDN BHD Full time1) Lelaki. 2) Minimum SPM. 3) Umur di antara 30-40 tahun. 4) Pengalaman : Bidang Ketenteraan / Pengawal Keselamatan. 5) Boleh Bekerja Syif. 6) Pengetahuan Komputer : Excel / Word adalah kelebihan. Sharp Manufacturing Corporation Malaysia Sdn Bhd provides electronic products and services. SPM / O Level / SKM Level 1 / SKM Level 2 / SKM Level 3 or Equivalent
-
Security Guard/Pengawal Keselamatan
2 days ago
Batu Caves, Selangor, Malaysia realforce security services sdn bhd Full time 31,200 per yearMalaysian Citizen, Male or FemaleAge below 60 yearsMinimum SPM qualificationNo criminal recordPhysically fit and able to stand or walk for long periodsResponsible, disciplined, and attentivePrior experience in security or related field is preferredPossess a valid driving license (optional)Good communication and observation skillsAble to handle emergency...
-
Pekerja Am-flagman
2 days ago
Batu Kawan, Malaysia Asas Permatang Sdn Bhd Full time**Kewarganegaraan : Malaysia,PR/Pemegang Permit Pekerjaan** - Pengawal Trafik, bendera atau pembendera adalah orang yang mengarahkan lalu lintas melalui tapak pembinaan atau zon kawalan trafik sementara yang lain melepasi kawasan menggunakan papan tanda atau bendera **Tangunggjawab** - Mengunakan isyarat tangan dan tanda arah untuk mengarahkan lalu lintas...
-
Eksekutif Operasi di Batu Pahat
2 days ago
Batu Pahat, Malaysia ALPHA GUARD SECURITY SERVICES SDN.BHD. Full timeSyarikat kami memerlukan seorang Eksekutif Operasi di Batu Pahat untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan yang berkaitan seperti dibawah: 1. Menghadiri lawatan tapak ke semua kawasan Batu Pahat, Segamat, Kluang, Muar. 2. Pencarian sumber pemasaran ke atas pelanggan baru di dalam Kawasan Batu Pahat, Segamat, Kluang, Muar. 3. Membuat pemantauan pada...