Intern Buana Kita Glamping
5 days ago
Lokasi:
Buana Kita Glamping & Event
Lot 65, Jalan Kampung Gaing, Pedas,
71400 Rembau, Negeri Sembilan
Deskripsi Jawatan:
Buana Kita Glamping & Event sedang mencari 2 orang Intern Kru Buana yang berminat dalam bidang penciptaan kandungan dan pengurusan media sosial, serta bersedia membantu tugasan operasi glamping dari semasa ke semasa.
Sebagai sebahagian daripada Kru Buana, anda akan terlibat secara langsung dalam operasi harian glamping, dengan tanggungjawab khusus untuk menghasilkan kandungan digital yang memaparkan pengalaman sebenar glamping kami.
Jawatan ini adalah jawatan intern (latihan industri) dan mewajibkan intern untuk menginap di kawasan glamping sepanjang tempoh internship.
Skop Tugas Am (Sebagai Kru Buana):
- Membantu operasi harian glamping agar berjalan lancar.
- Membantu proses check-in dan check-out tetamu apabila diperlukan.
- Membantu persiapan kawasan sebelum dan selepas ketibaan tetamu.
- Menjaga kebersihan, keceriaan dan susun atur kawasan glamping.
- Membantu persiapan majlis atau acara khas.
- Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa.
Skop Tugas Khusus (Content Creator & Media Sosial):
- Merancang dan menghasilkan kandungan untuk Facebook, Instagram dan TikTok.
- Mengambil gambar dan video berkaitan suasana glamping, aktiviti harian, alam semula jadi dan pengalaman tetamu (dengan kebenaran).
- Menyunting foto dan video menggunakan aplikasi seperti Canva, CapCut atau setara.
- Mengurus posting asas media sosial mengikut jadual yang ditetapkan.
- Membantu membina engagement melalui komen dan mesej.
- Peka terhadap trend media sosial dan mencadangkan idea kandungan yang sesuai dengan jenama.
Kelayakan Calon:
- Pelajar / graduan yang mencari internship (bukan jawatan tetap).
- Berminat dalam bidang content creation, media sosial atau pemasaran digital.
- Selesa bekerja di tapak dan membantu tugasan operasi.
- Mempunyai kemahiran asas fotografi dan videografi (menggunakan telefon sudah memadai).
- Boleh bekerja secara berdikari dan dalam pasukan.
- Mempunyai disiplin, sikap positif dan bertanggungjawab.
- Sanggup menginap di glamping sepanjang tempoh internship (WAJIB).
- Calon lelaki diutamakan kerana sebahagian tugasan melibatkan kerja fizikal di tapak.
Apa yang Kami Harapkan:
- Kandungan yang autentik, jujur dan mencerminkan pengalaman sebenar glamping.
- Intern yang proaktif, rajin belajar dan tidak memilih kerja.
- Bersedia membantu operasi sambil membina kemahiran content creation dan pengurusan sebenar.
Faedah:
- Elaun RM600 sebulan
- Penginapan disediakan
- Pendedahan kerja sebenar dalam syarikat SME (bukan sekadar teori)
- Peluang belajar pelbagai peranan: operasi, content dan pengurusan harian
- Terlibat terus dalam proses membuat keputusan dan pelaksanaan kerja
- Ruang untuk mencuba idea sendiri dan melihat hasil secara nyata
- Pengalaman kerja yang membina daya tahan, disiplin dan kemahiran praktikal
- Peluang rujukan & sokongan portfolio untuk masa hadapan
Cara Memohon:
Sila mohon melalui Indeed.
Calon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui WhatsApp.
Tarikh Tutup Permohonan:
11 Januari 2026
Job Type: Internship
Pay: RM600.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person
-
Penolong Pengurus Operasi Buana Kita Glamping
2 weeks ago
Rembau, Malaysia Dahan Kayu Sdn Bhd Full time**Lokasi**: Buana Kita Glamping & Event Lot 65, Jalan Kampung Gaing, Pedas, 71400 Rembau, Negeri Sembilan **Deskripsi Jawatan**: Kami sedang mencari seorang **Penolong Pengurus Operasi** sepenuh masa untuk menyertai pasukan kami di Buana Kita Glamping & Event. Anda akan membantu mengurus operasi harian tapak glamping, menyelaras kru, mengurus tugasan...
-
Kru / General Worker Buana Kita Glamping & Event
2 weeks ago
Rembau, Malaysia Dahan Kayu Sdn Bhd Full time**Lokasi**: Buana Kita Glamping & Event, Rembau, Negeri Sembilan **Deskripsi Kerja**: Kami sedang mencari individu yang rajin, berdedikasi, dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan kami sebagai **Kru Buana**. Anda akan membantu memastikan kawasan glamping sentiasa bersih, teratur, dan bersedia menerima tetamu dengan pengalaman terbaik. **Tanggungjawab...