pegawai operasi
7 days ago
PROTÉGÉ – PEGAWAI OPERASI (PROGRAM 8 BULAN)
Lokasi:Melaka
Jenis Jawatan: Sepenuh Masa (On-site)
PENERANGAN SYARIKAT
SEJAHTERA SECURITY SDN BHD merupakan sebuah syarikat keselamatan berdaftar yang beroperasi lebih daripada 20 tahun di Malaysia. Syarikat menyediakan perkhidmatan keselamatan profesional merangkumi pengawal keselamatan, penyeliaan operasi, rondaan, dan pemantauan tapak. Dengan reputasi kukuh, Sejahtera Security komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan melalui standard operasi yang tinggi, disiplin kerja, serta latihan berterusan kepada kakitangan. Kami menekankan nilai integriti, tanggungjawab, disiplin dan profesionalisme dalam setiap aspek perkhidmatan.
PENERANGAN JAWATAN
Calon Protégé – Operasi akan membantu pasukan operasi dalam memastikan kelancaran perkhidmatan keselamatan di tapak. Peranan ini melibatkan penyelarasan jadual, pemantauan prestasi pengawal, penyediaan laporan, serta membantu menguruskan sebarang isu operasi. Program ini memberi pendedahan dunia sebenar dalam industri keselamatan untuk membangunkan kemahiran profesional calon.
TANGGUNGJAWAB UTAMA
a) Menentukan perkhidmatan dilaksanakan oleh Ketua Pengawal dan para pengawal berjalan seperti ditetapkan dalam kontrak seperti berikut:
- Jumlah pengawal cukup untuk menjalankan tugas.
- Pengawal berada di pos di sepanjang waktu kerja dan tidak meninggalkannya sebelum tamat tugas dan digantikan.
- Menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut tatacara yang ditetapkan
- Mempamerkan keterampilan diri yang segak dan berdisiplin tinggi.
b) Merancang dan menyelaraskan jadual tugas pengawal
c) Memberi penerangan tugas dan membimbing pengawal-pengawal
d) Menyelia dan memantau pengawal menjalankan tugas melalui pemeriksaan audit tugas harian pengawal
e) Mengatasi masalah-masalah yang timbul
f) Menjaga tatatertib dan kebajikan pengawal-pengawal
g) Berhubung dan berbincang dengan pihak pelanggan untuk mengatasi masalah bersama serta menubuhkan perhubungan baik
h) Menjalankan penyiasatan awal terhadap kejadian keselamatan yang melibatkan harta benda pelanggan untuk mengenalpasti samada terdapat unsur kecuaian dipihak Syarikat. Laporan hendaklah dimajukan kepada Pengurus Cawangan dalam tempoh 24jam.
KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia (Keutamaan pada Calon LELAKI sahaja)
- Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan (WAJIB sertakan transkrip).
- Kemahiran komunikasi, interpersonal dan penyelesaian masalah yang baik.
- Mahir menggunakan Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint).
- Mampu bekerja secara individu dan dalam pasukan.
- Sanggup bekerja di lokasi Melaka mengikut keperluan operasi.
- Disiplin, bertanggungjawab, proaktif dan bermotivasi tinggi.
Cara Memohon
Hantar Resume + Transkrip ke:
Job Types: Full-time, Fresh graduate
Pay: RM2,000.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Opportunities for promotion
- Professional development
Work Location: In person
-
pegawai operasi
5 days ago
Malacca, Melaka, Malaysia ZB GROUP OF COMPANIES Full time 26,400 - 52,800 per yearKELAYAKAN DIPERLUKAN:Berumur 25–45 tahunMempunyai lesen memandu yang sah (kereta/motosikal)Kenderaan sendiri (untuk kemudahan pergerakan ke tapak projek)Sihat tubuh badan dan mentalBerdisiplin, jujur & amanahMampu berkomunikasi dengan baikMahir menggunakan komputer dan Microsoft OfficeBersedia bekerja di luar kawasan jika diperlukanBebas dari sebarang...
-
Supervisor - Operations (Melaka)
7 days ago
Malacca, Melaka, Malaysia SWM Environment Sdn Bhd - Johor Bahru Full time 22,000 per yearDeskripsi KerjaMemberi taklimat dan arahan kerja kepada kumpulan pemandu dan pekerja am (PRA) sebelum mereka menjalankan kerja harian mengikut jadual dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan operasi.Memastikan kerja-kerja pembersihan kawasan awam dan kutipan sisa pepejal berjalan lancar mengikut jadual yang telah dirancangkan oleh pengurusan...
-
pegawai eksekutif jualan/ sales executive
5 days ago
Malacca, Melaka, Malaysia KJE FOOD & BEVERAGE Full time 80,000 - 200,000 per yearTugasan Dan Tanggungjawab Harian:-Mengendalikan pertanyaan pelanggan dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang-Mencapai sasaran jualan bulanan dan tahunan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.-Menyediakan sebut harga (quotation) dan cadangan perkhidmatan kepada pelanggan.-Menguruskan tempahan dan memastikan koordinasi dengan unit operasi dan unit...