Kerani Jualan

4 hours ago


Ipoh, Perak, Malaysia MR PROGRESSIVE Full time 20,000 - 40,000 per year

Bertanggungjawab untuk menjaga kaunter jualan insurans dan berususan dengan pelanggan dengan memastikan segala urusan berkaitan dengan polisi insurans dijalankan dengan lancar dan tepat. Anda akan bertindak sebagai penghubung utama antara pelanggan dan syarikat dalam hal-hal berkaitan perkhidmatan insurans.

Tugas dan Tanggungjawab ketika Menjaga Kaunter Jualan:

Pengurusan Polisi Insuran :

  • Mendaftar, mengemas kini, dan menyelenggara maklumat pelanggan dalam sistem.
  • Memproses permohonan polisi baru dan pembaharua.
  • Menguruskan pembatalan dan perubahan dalam polisi insurans.

Khidmat Pelanggan:

  • Memberikan maklumat kepada pelanggan mengenai produk insurans yang ditawarkan oleh syarikat.
  • Menangani pertanyaan dan aduan pelanggan dengan cara yang profesional dan efisien.

Proses Tuntutan:

  • Membantu dalam pemprosesan tuntutan insurans mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Menyediakan dokumen yang diperlukan untuk tujuan tuntutan dan memastikan ketepatan data.

Penyelenggaraan Rekod:

  • Menyediakan dan menyelenggara rekod transaksi dan dokumen berkaitan insurans.
  • Menyediakan laporan bulanan berkaitan dengan aktiviti insurans dan status tuntutan.

Kerja Pentadbiran Lain:

  • Menyediakan surat-menyurat dan komunikasi kepada pelanggan.
  • Melakukan tugas-tugas pentadbiran lain yang diperlukan oleh penyelia atau pengurus.

Kelayakan:

  • Minimum SPM atau kelayakan setaraf.
  • Pengalaman dalam industri insurans adalah satu kelebihan.
  • Kemahiran dalam pengendalian komputer.
  • Kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu, dan kemampuan berbahasa Inggeris adalah satu kelebihan.

Sifat Peribadi:

  • Jujur dan Amanah
  • Teliti dan berkemahiran dalam pengurusan masa.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.
  • Sabar dan mampu bekerja dalam tekanan.

Waktu Bekerja :

6 hari bekerja / seminggu

8am - 5pm atau 11am - 8pm


  • Pembantu Pemasaran

    2 weeks ago


    Ipoh, Malaysia Ana Muslim Sdn Bhd Full time

    **Keperluan**: - Berkebolehan bercakap di khalayak ramai (pelajar sekolah rendah) dalam Bahasa Melayu dengan baik. - Boleh mengendalikan event / aktiviti mudah untuk kanak-kanak. - Boleh berurusan dengan pihak pengurusan sekolah (kerani sekolah & guru-guru). - Berurusan dengan pengurusan event / shopping mall untuk tujuan public event. - Boleh bekerjasama...


  • Ipoh, Malaysia PRINSIP MUTIARA M SDN BHD Full time

    List-ID: 97643925Today 15:53 **Job Description**: - Skop Kerja: - Menjawab pertanyaan berkaitan roadtax dan insuran kenderaan untuk pelanggan baru dan pelanggan sedia ada secara whatsapp dan walk-in. - Pertanyaan dijawab dengan menggunakan jalan kerja dan skrip yang disediakan. - Latihan untuk menjawab pertanyaan dan penyediaan sebutharga akan di jalankan...