Juruteknik Penyelenggaraan

1 week ago


Sabah, Malaysia G-Mart Borneo Retail Sdn Bhd Full time

Tanggungjawab Kerja:

Melaksanakan kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pemeriksaan mesin serta peralatan.

Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah mekanikal atau elektrik.

Memastikan semua mesin beroperasi dengan selamat dan efisien di setiap lokasi.

Melakukan tugasan penyelenggaraan di pelbagai kawasan dalam Sabah.

Menyediakan laporan servis dan rekod penyelenggaraan.

Membantu pemasangan mesin baharu dan penyelenggaraan berkala.

Mematuhi prosedur keselamatan serta dasar syarikat.

Kelayakan:

Minimum Sijil/Diploma dalam bidang Mekanikal, Elektrikal atau setaraf.

Minimum 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang penyelenggaraan atau teknikal.

Mempunyai pengetahuan dalam sistem mekanikal dan elektrik.

Berpangkalan di Kota Kinabalu dan sanggup untuk bergerak dalam kawasan Sabah.

Mempunyai lesen memandu sah (kereta syarikat disediakan).

Berdikari, bertanggungjawab dan boleh bekerja dalam pasukan.

Faedah:

Gaji dan elaun menarik.

Elaun perjalanan & kereta syarikat disediakan.

Bayaran lebih masa & bonus prestasi.

Latihan dan peluang kenaikan pangkat.

Caruman KWSP, SOCSO & cuti tahunan disediakan.