Juruservis Lelaki

7 days ago


Butterworth, Penang, Malaysia Rentokil Initial Full time
Requirements

Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk:

  • Melakukan servis berkaitan dengan Hygiene seperti penukaran alas kaki pelbagai saiz di premis-premis pelanggan kami sekitar Kuala Lumpur.
  • Mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan dengan mempromosikan perkhidmatan Syarikat dengan sebaik mungkin di bawah bimbingan Penyelia.
  • Memberi sokongan kepada Penyelia dan pasukan dalam pelaksanaan tugas.
  • Membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan-pelanggan.
  • Memberi laporan yang betul dan tepat pada masanya apabila diarahkan oleh Penyelia.
  • Menyerahkan wang kutipan servis (jika ada) dengan kadar yang segera atau dalam masa dua (2) hari.
  • Hadir dan melibatkan diri di dalam perjumpaan/taklimat/mesyuarat mingguan/bulanan yang diadakan oleh pengurusan cawangan anda.
  • Tugas-tugas lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang mungkin diberikan kepada anda dari semasa ke semasa.

SEMUA JANTINA DARI PELBAGAI BANGSA ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MEMOHON JAWATAN INI

Calon yang ideal memiliki:

  • Kelayakan pelajaran minimum tahap SPM dan harus dikemukakan semasa menghadiri temuduga.
  • Warganegara Malaysia, berumur antara 21 hingga 35 tahun (36 tahun & keatas akan dipertimbangkan jika mempunyai pengalaman kerja di industri Hygiene.
  • Mempunyai lesen GDL yang sah/ dalam proses mengambil lesen GDL
  • Minat melakukan kerja servis dan kerja luar (outdoor).
  • Menetap di kawasan berdekatan.

Sangat Diingini Jika Anda:

  • Mempunyai sifat ingin belajar. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan insentif akan disediakan.
  • Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat.
  • Berupaya untuk berbahasa Melayu dan juga memahami bahasa Inggeris mudah (penulisan dan percakapan).
  • Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi.
Benefits

Ganjaran dan Faedah

  • Gaji pokok yang menarik, pelbagai jenis elaun dan insentif (bergantung kepada prestasi anda).
  • Fleksibiliti dan kepercayaan untuk menggunakan van syarikat bagi tujuan kerja. Kad petrol juga disediakan.
  • Faedah rawatan pesakit luar.
  • Caruman KWSP, PERKESO & SIP.
  • Pakaian seragam percuma (baju, seluar, topi, t-shirt, sarung kaki, kasut keselamatan, dan alat keselamatan kerja).
  • Telefon bimbit dan/atau kad sim untuk kegunaan kerja (bagi yang berkelayakan).

Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.

Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG

Peluang Sama Rata

Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan mengelakkan diskriminasi. Kami juga memberi penekanan kepada kepelbagaian di tempat kerja. Ini bermaksud, kami serius untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, menghargai kekuatan mereka dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja untuk mencapai potensi penuh mereka. Adakah anda ingin menyediakan perkhidmatan profesional yang bernilai untuk komuniti anda? Adakah anda yakin yang anda mampu melakukan kerja ini dengan baik? Mohonlah hari ini

Lokasi cawangan ini:

Rentokil Initial (M) Sdn Bhd

Plot 23 (Building 1), Jalan Jelawat, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.


  • Juruservis Lelaki

    1 week ago


    Bandar Butterworth, Malaysia Rentokil Initial Full time

    Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk:Melakukan servis berkaitan dengan Hygiene seperti penukaran alas kaki pelbagai saiz di premis-premis pelanggan kami sekitar Kuala Lumpur.Mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan dengan mempromosikan perkhidmatan Syarikat dengan sebaik mungkin di bawah bimbingan Penyelia.Memberi sokongan kepada...


  • Butterworth, Malaysia Rentokil Initial Full time

    **Requirements**: **_ Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk:_** - Melakukan **_servis berkaitan dengan Hygiene_** seperti penukaran alas kaki pelbagai saiz, menambah dan mengantikan tisu tandas, sabun basuh tangan, hand sanitizer, toilet sanitizer, pewangi udara dan sebagainya di premis-premis pelanggan kami. - Mencari peluang untuk menambah...


  • Butterworth, Malaysia Kamal & Kamal Pest Control Sdn. Bhd. Full time

    List-ID: 102550435Today 15:22 **Job Description**: - Kamal & Kamal Pest Control ialah sebuah syarikat perkhidmatan profesional kawalan serangga dan makhluk perosak. Syarikat telah ditubuhkan semenjak 13 April 1985 dan beroperasi di 8 cawangan di seluruh Malaysia dan mempunyai 100 pekerja. Syarikat diiktiraf pensijilan MS ISO 9001 (Quality Management System)....