pembantu juruteknik

2 weeks ago


Shah Alam, Selangor, Malaysia CIDB Holdings Sdn Bhd Full time 30,000 - 40,000 per year

SKOP TUGAS:

Menjalankan aktiviti verifikasi produk di Lembah Klang atau di luar Lembah Klang mengikut  permohonan yang diterima dari pihak CIDB Malaysia;

Membuat laporan dan semakan berkenaan sesi verifikasi yang dijalankan;

Berurusan dengan pelangan dari semasa ke semasa mengikut aktiviti verifikasi yang dilaksanakan;

Seorang yang berdisiplin, berintegriti, jujur dan professional semasa menjalankan aktiviti verifikasi;

Membantu pegawai atasan dalam menyempurnakan tugasan yang diarahkan.

SYARAT KELAYAKAN:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai Sijil Teknikal dari institusi-institusi pengajian yang diiktiraf di Malaysia dan sekiranya memiliki Diploma Teknikal yang diiktiraf juga adalah digalakkan untuk memohon;
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPM/SPMV) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik
  4. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna;
  5. Berkebolehan menggunakan komputer;
  6. Sanggup berkerja lebih masa dan di mana-mana penempatan yang ditetapkan;
  7. Memiliki lesen kenderaan (B2 dan D) yang sah dan mempunyai kenderaan sendiri;
  8. "Fresh Graduate" yang berminat digalakkan untuk memohon.

**Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga