Retail Auditor
2 weeks ago
Juruaudit bertanggungjawab memastikan semua cawangan mengekalkan tahap operasi yang tinggi dengan menjalankan pemeriksaan pematuhan secara berkala, mengenal pasti kekurangan, dan mencadangkan penambahbaikan. Peranan ini penting bagi memastikan integriti operasi melalui penilaian yang bebas dan tidak berat sebelah terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Tanggungjawab Utama:
-Menjalankan audit secara berkala ke atas Penyelia Cawangan, operasi bahagian hadapan (front-of-house) dan pematuhan bahagian belakang (back-of-house).
-Mengesahkan pengendalian tunai, pengurusan token, dan kawalan inventori.
-Menyediakan laporan audit terperinci yang menonjolkan tahap pematuhan dan bidang penambahbaikan.
-Melaporkan isu ketidakpatuhan serius kepada Pengurus Pembelajaran and Pematuhan (Learning and Compliance Manager) serta Pengurus Kawasan.
-Mengenal pasti sebarang kekurangan atau kekaburan dalam SOP semasa audit dan mencadangkan penambahbaikan.
-Membantu dalam audit penyedia perkhidmatan pihak ketiga apabila diarahkan.
-Bertindak sebagai pengganti kepada Retail Generalist semasa tempoh sibuk, kekosongan jawatan, atau kecemasan.
-Melaksanakan apa-apa tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan selaras dengan keperluan operasi syarikat.
[Apply now at ]
; Requirements:-
-Kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
-Memiliki sekurang-kurangnya Sijil / Diploma atau kelayakan yang setaraf.
-Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam industri runcit.
-Berintegriti tinggi.
-Mesra pelanggan.
-Teliti dalam menyediakan laporan tugasan.
-Mempunyai pengalaman dalam menguruskan pelbagai cawangan.
Faedah Pekerja (Benefits)
-Cuti Tahunan: 8 hari setahun
-Bonus: Diberikan setiap enam (6) bulan sekiranya KPI dicapai
-Pakaian Seragam: Syarikat akan membekalkan 3 pasang uniform kepada pekerja
-Caruman KWSP and PERKESO
-Tuntutan Perubatan: Dibenarkan untuk rawatan di institusi kerajaan sahaja
-Komisen: Diberikan bagi setiap item yang berjaya dijual seperti beg dobi, beg jaring, dompet syiling, dan lain-lain
-Perkhidmatan Dobi Percuma: 1 kali seminggu
Waktu Bekerja
-9.00 pagi – 6.00 petang
-6 hari bekerja seminggu dengan 1 hari cuti
-Rehat selama 1 jam 30 minit
-Sebarang perubahan pada waktu bekerja adalah tertakluk kepada budi bicara Syarikat
-Kerja lebih masa (OT) hanya diperlukan sekiranya dimaklumkan oleh penyelia