Krew Restoran
1 day ago
Kami mencari krew restoran yang terdiri daripada Tukang Bancuh Air, Waiter/Waitress, Cashier, Tukang Masak/Chef dan Tukang Bubuh Nasi untuk 5 cawangan (Sungai Petani, Arau, Kulim, Alor Setar dan Simpang Ampat Penang). Bekerja sebagai krew restoran di restoran kami ialah cara terbaik untuk memulakan kerjaya anda dan memperoleh pengalaman berharga dalam perkhidmatan pelanggan dan penyediaan makanan.
Tugas dan tanggungjawab utama krew restoran adalah untuk memastikan operasi restoran berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang bersih dan selesa pada setiap hari.
Kemahiran Kerja dan Tanggungjawab:
1. Tukang Masak / Pembantu Tukang Masak
- Boleh memasak pelbagai masakan mengikut resepi yang diberi.
- Boleh memasak pelbagai jenis menu masakan panas dan berkuah berasaskan mee, bihun atau koey teow atau;
- Berkebolehan membuat pelbagai jenis roti seperti roti nan, chapati, thosai dan sebagainya.
- Mengekalkan penampilan yang kemas dengan memakai pakaian seragam dan mematuhi kod pakaian restoran.
2. Cashier
- Mempunyai pengalaman mengendalikan mesin wang dan sistem.
- Bersikap jujur dan amanah semasa mengendalikan duit.
- Mampu menghafal kod-kod dengan pantas.
- Berkomunikasi dan menyelesaikan pertanyaan pelanggan secara baik dan berhemah.
- Menerima pesanan dengan jelas dan betul.
- Mengekalkan penampilan yang kemas dengan memakai pakaian seragam dan mematuhi kod pakaian restoran.
3. Waiter / Waitress
- Menghidangkan makanan dan minuman serta menjawab pertanyaan pelanggan dengan sopan dan tertib.
- Memastikan meja makan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.
- Memastikan kebersihan restoran setiap hari dengan mengemas meja, memulangkan dulang ke dapur, menyapu dan mengemop lantai
- Memastikan meja dan peralatan di restoran sentiasa di sanitasi.
- Mengekalkan penampilan yang kemas dengan memakai pakaian seragam dan mematuhi kod pakaian restoran.
4. Tukang Bancuh Air
- Berkebolehan membancuh pelbagai jenis air mengikut pesanan yang diterima.
- Memastikan pesanan air disiapkan dengan cepat dan betul.
- Mengekalkan penampilan yang kemas dengan memakai pakaian seragam dan mematuhi kod pakaian restoran.
5. Tukang Isi Nasi dan Lauk
- Memastikan kehendak dan permintaan pelanggan dipenuhi dengan betul.
- Mengambil pesanan dan mengisi hidangan dengan tepat dan cepat.
- Mengekalkan penampilan yang kemas dengan memakai pakaian seragam dan mematuhi kod pakaian restoran.
Keperluan:
- Mempunyai Sijil Kendalian Makanan dan Kad Suntikan Vaksin anti-Tifoid adalah diutamakan.
**Job Types**: Full-time, Part-time, Permanent, Contract
Part-time hours: 8 per week
**Salary**: From RM1,500.00 per month
**Benefits**:
- Meal provided
Supplemental Pay:
- Overtime pay
- Performance bonus
COVID-19 considerations:
All staff are required to wear a facemask and completed their vaccine dose. Ensure all common surfaces are sanitized regularly. All customers are required to wear a facemask and provide their vaccination status upon entering the premises.
-
Krew Meja Nasi
2 weeks ago
Sungai Petani, Malaysia RESTORAN YASMEEN (ARAU) SENDIRIAN BERHA Full timeKami mencari krew Meja Nasi atau Joki untuk cawangan Sungai Petani. Bekerja sebagai Joki di restoran kami ialah cara terbaik untuk memulakan kerjaya anda dan memperoleh pengalaman berharga dalam perkhidmatan pelanggan dan penyediaan makanan. Tugas dan tanggungjawab utama Joki adalah untuk memastikan operasi restoran berjalan dengan lancar dan dalam keadaan...
-
Kru Restoran Domino's Pizza Aman Jaya,kedah
2 weeks ago
Sungai Petani, Malaysia DOMMAL FOOD SERVICE SDN BHD Full time**INGIN MENJADI KRU RESTORAN DOMINO’S?** Hubungi nombor di bawah atau terus ke **Domino’s Aman Jaya **jika anda memenuhi syarat permohonan. **PENGURUS DAERAH **:012 5971415 ( SHUKRI ) **KELEBIHAN KREW DOMINO’S**: - Peluang kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya - Uniform disediakan - Tempat kerja yang selesa - Pelbagai insentif menarik - Faedah...
-
Crew Restaurant Krew Restoran
7 months ago
Sungai Besi, Malaysia Soru Group Sdn Bhd Full timeList-ID: 102512024Today 17:05 **Job Description**: - Kriteria Tugas - Tugas terbahagi kepada Cashier, Food Dresser, Barista, Waiter, Kitchen Helper, Cook atau Captain. - Cekap dan pantas melaksanakan tugas harian - Latihan disediakan kepada pekerja yang tiada pengalaman - Full Time / Part Time Gaji - Full Time : RM1650 - RM2450 - Part Time :...